Sebanyak 2,092 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,528,390.
Jumlah kes aktif sebanyak 22,607, turun 2.3 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru mengikut negeri:
- Selangor (1,251)
- WP Kuala Lumpur (262)
- Pulau Pinang (105)
- Perak (74)
- Sabah (72)
-
Johor (68)
- WP Putrajaya (55)
- Kedah (50)
- Melaka (46)
- Kelantan (25)
- Sarawak (25)
- Negeri Sembilan (24)
- Terengganu (19)
- Pahang (12)
- Perlis (3)
- WP Labuan (1)
Empat lagi kematian dilaporkan, dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital (BID).
Sejak minggu lepas, purata 3.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.5, yang menunjukkan aliran menaik.
Untuk rekod, terdapat 129 laporan kematian bulan lepas manakala 564 kematian pada bulan April.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,716 kematian akibat Covid-19 direkodkan.
Seramai 978 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 24 orang sedang mendapat rawatan rapi.