Pergerakan Hamas menyambut baik laporan baharu yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch (HRW) yang menyalahkan negara penceroboh Israel atas kemusnahan ekonomi Palestin di Semenanjung Gaza, yang berada di bawah sekatan tidak berperikemanusiaan selama 15 tahun.
Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, jurucakap Hamas Hazem Qasem merayu masyarakat antarabangsa dan PBB untuk memikul tanggungjawab undang-undang dan kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin dan berusaha menamatkan kepungan yang tidak adil ke atas Gaza dan memudahkan pergerakan dan perjalanan bebas rakyat Palestin.
“Sekatan menyeluruh Israel ke atas Gaza menghalang lebih dua juta penduduknya daripada memperbaiki kehidupan mereka,” kata HRW hari ini pada ulang tahun kelima belas pengepungan Gaza 2007.