Gerombolan peneroka Yahudi merampas 10 dunum tanah milik Palestin pada hari Selasa di bandar Bethlehem di Tebing Barat
Menurut seorang aktivis, Ahmad Salah, peneroka Yahudi merampas tanah milik Palestin di selatan perkampungan al-Khader di selatan Bethlehem dan terus mengusahakan tanah tersebut.
Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa rejim itu telah mengeluarkan arahan berhenti kerja terhadap tiga rumah Palestin di perkampungan al-Twani, selatan bandar al-Khalil di Tebing Barat, dengan alasan pembinaan tanpa permit, menurut penyelaras Jawatankuasa Perlindungan dan Ketahanan, Fuad Al-Amour.