Puluhan pelampau pendatang Yahudi dengan kawalan polis telah mencemarkan Masjid Aqsa pada pagi Ahad.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 114 orang pendatang masuk ke masjid secara berkumpulan menerusi pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan kawalan polis.
Ketika berada di situ, mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh para rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah daripada mereka mencetuskan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.