Hari ini (Ahad, 3 Julai) pasukan penjajah Israel melancarkan operasi penangkapan di kota Silwad, timur laut Ramallah dan di Betlehem, Tebing Barat.
Pasukan Israel menangkap lima warga Palestin dari kota Silwad, timur Ramallah, iaitu; Abbas Abdel Hakim Hamid, Muhammad Dirar Hammad, Samer Hamed, Thalji Majdi Hammad dan Mahmoud Bashir Hammad.
Pasukan Israel menyerbu beberapa rumah di kota Ramallah dan menyoal siasat penduduk di lapangan dan melakukan pencarian menyeluruh di sana.
Di Betlehem, pasukan penjajah menyerbu beberapa rumah dan menyerahkan surat pemberitahuan kepada warga untuki menjawab soalan daripada cawangan khas mereka.
Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa pasukan penjajah Israel menyerahkan kepada Hamzah Al-Ajouri dari daerah Hendazah di timur, dan Abdel-Rahman Shuaibat dari kota Beit Sahour, dua surat pemberitahuan untuk disoalsiasat oleh pihak polis setelah mereka menggeledah rumah mereka.
Pasukan pendudukan Israel juga menceroboh rumah Ghassan Hermas di kawasan Khalil al-Law.