Berita peletakan jawatan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri Britain menghiasi muka depan akhbar di negara itu hari ini.
Setakat malam Rabu lalu, Johnson masih lagi kekal dengan kuasanya sebagai perdana menteri meskipun 50 menteri meletakkan jawatan dalam kerajaan.
‘Pusingan’ baharu berhubung episod peletakan jawatan jawatan berprofil tinggi dalam kerajaan semalam disusuli amaran akan berlaku gerakan undi tidak percaya kedua minggu depan oleh ahli Parlimen dan Parti Konservatif mengubah fikirannya, apabila Johnson memutuskan pengundurannya semalam.
“Ia (hampir) tamat,” memetik laporan Guardian yang menggelar tempoh masa Johnson di pejabatnya sebagai salah satu tempoh yang paling memecahbelahkan dan bergelora dalam kancah politik British.
The Times pula melaporkan ‘Johnson mengaku kalah’ dengan melabel kejadian beberapa hari lalu sebagai ‘berlaku peningkatan cubaan terdesak’ untuk kekal berkuasa.
Ucapan peletakan jawatan oleh Johnson semalam yang memperlihatkan beliau seperti tidak mahu ‘menginsafi tindakannya’ mendorong Financial Times pula menggelarkan beliau sebagai ‘ingkar hingga akhir’.
Johnson yang terpalit skandal berkata, beliau akan kekal sehingga penggantinya ditemui.
Akhbar ‘mesra’ Parti Konservatif, Daily Telegram menerusi laporan yang memetik tokoh kanan parti berkenaan berkata, ‘sekian selamat tinggal’ menyebabkan United Kingdom (UK) dalam keadaan lumpuh tanpa menteri Kabinet.
Ada media seperti Times yang memetik kenyataan seorang menteri berhubung situasi yang melanda negara itu sebagai Johnson umpama menjalankan ‘kerajaan zombie’.
Tinjauan pula menunjukkan kebanyakan rakyat Britain mahu Johnson cepat berambus dari jawatannya kerana timbul dakwaan bahawa beliau sempat menikmati majlis perkahwinan dengan isterinya, Carrie di destinasi percutian yang dibiayai dana kerajaan.
Memetik laporan akhbar tabloid sayap kiri yang diterbitkan hari ini, Daily Mirror memaparkan tajuk ‘berpegang teguh untuk sebuah parti terakhir’ yang merujuk kepada skandal mengenai parti yang membantu menjatuhkan Johnson.
The Mirror pula memaparkan tajuk ‘pedas’ yang merujuk slogan Brexit iaitu ‘Keluar bermakna pergi, Boris’.
Akhbar Metro turut mengulangi frasa sama.
Sisi lain spektrum politik menerusi muka depan akhbar Daily Mail memaparkan tajuk ‘Apa kejadahnya mereka telah lakukan?’ menggambarkan kelakuan Johnson sebagai ‘dibuang oleh pihak dalam cengkaman histeria kolektif’. – AFP