Sumber media melaporkan bahawa tentera Syria sedang mengukuhkan kedudukannya di bandar Ain Issa di pinggir utara Raqqa dan wilayah Ain al-Arab di timur Aleppo di sempadan dengan Turki.
Dalam temu bual dengan saluran Al Mayadeen, sumber itu menyatakan bahawa Ain Issa dekat Raqqa kini berada di bawah kawalan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong AS.
Farhad Shami, pengarah pejabat komunikasi SDF berkata bahawa “550 tentera Syria telah tiba di kawasan di bawah kawalan SDF.”
Shami berkata, angkatan tentera Syria tiba di wilayah itu selepas mencapai persetujuan awal untuk menentang kemungkinan pencerobohan oleh kumpulan yang disokong Turki dan tentera Turki di rantau itu.
Terdapat laporan sebelum ini menunjukkan bahawa Rusia telah menambah bilangan tenteranya di Qamishli. Dilaporkan semalam (Isnin) pesawat tentera Rusia membawa lebih 500 pasukan payung terjun ke Qamishli, yang terletak di sempadan utara Syria dengan Turki.