Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu sehingga petang.
Menurut laman web al-Qastal, sekurang-kurangnya 142 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya dengan kawalan polis. Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.