Seorang pekerja Palestin ditembak dan cedera oleh Regim Zionis Israel (IOF) yang ditempatkan berhampiran tembok apartheid yang didirikan di atas tanah perkampungan Anin, barat Jenin, ketika cuba sampai ke tempat kerjanya di Green Line, pada pagi Rabu.
Sumber tempatan mengesahkan bahawa seorang pekerja Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan di kakinya sebelum dipindahkan ke hospital untuk rawatan.
Sumber menunjukkan bahawa tentera IOF telah meningkatkan kehadiran tentera mereka di selatan Jenin, dan bandar-bandar sekitarnya.