MCA Sabah membuat laporan polis terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas berhubung dakwaan surat-menyuratnya dengan waris kesultanan Sulu.
Dalam satu kenyataan hari ini, MCA Sabah meminta polis menyiasat jika terdapat salah laku di pihak Thomas, berikutan keputusan Mahkamah Timbangtara di Perancis yang memihak kepada keturunan kesultanan Sulu.
MCA Sabah tidak memetik bukti khusus mengenai surat-menyurat Thomas, sebaliknya berkata dakwaan berhubung dokumen itu telah timbul pada “beberapa kenyataan media” dan “media sosial”.
Dakwaan ini, kata MCA Sabah, telah mendakwa bahawa Thomas telah mengakui “kesilapan” Malaysia, menyebabkan pihak yang menuntut berjaya mendapatkan anugerah timbang tara.
“MCA Sabah menggesa polis menyiasat sama ada kabinet Pakatan Harapan terlibat atau telah membincangkan berkenaan surat Thomas,” kata MCA Sabah.
Antara lain, bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa Thomas menulis surat kepada wakil pihak yang menuntut pada 2019.
Menurut Najib, Thomas telah menawarkan RM48,000 kepada pihak yang menuntut.
Najib menjadi perdana menteri pada 2013 ketika Putrajaya memutuskan untuk menghentikan pembayaran tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu berikutan pencerobohan bersenjata ke atas Sabah oleh pengikut Sultan Kiram III.