Polis telah memanggil 11 individu hadir ke IPD Dang Wangi hari ini untuk membantu siasatan perhimpunan ‘Turun’ baru-baru ini.
Protes yang menuntut kerajaan menangani kenaikan harga barang itu diadakan di luar Sogo, di Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.
Antara yang dipanggil untuk disoal siasat hari ini termasuk Ketua Pemuda PKR, Adam Adli, Ketua Pejuanita Muda Nurul Ashikin Mabahwi dan Naib Ketua Pemuda Amanah Abbas Azmi.
Adam menjelaskan ini bukan kali pertama mereka dipanggil untuk disoal siasat kerana membantah kenaikan harga baru-baru ini.
“Malah, ini kali ketiga atau keempat kami datang ke (IPD Dang Wangi) untuk disoal siasat,” kata ketua pemuda PKR itu kepada media selepas memberikan kenyataannya kepada pihak polis
Wakil Pemuda PKR sebelum ini dipanggil untuk disoal siasat pada 24 Julai kerana isu
membantah kenaikan harga barang.