Hari ini beberapa negeri di Semenanjung dilapor mengalami gangguan bekalan elektrik. Selain kejadian terbaru ini, Malaysia pernah mengalami beberapa peristiwa kejadian terputus bekalan elektrik secara besar-besaran sejak 1980an.
Malaysiakini mengimbau semula peristiwa berkenaan dan impaknya kepada negara.
29 Jun 1985
Berlaku pelantikan elektrik (tripping) di talian penghantaran elektrik di Pantai Timur berikutan kehilangan beban 600 megawat, menyebabkan gangguan bekalan air berlarutan beberapa jam di 11 negeri.
Bekalan elektrik terputus sekitar jam 1.30 tengah hari, menyebabkan kekecohan di seluruh negara.
Dilaporkan pelantikan berlaku di dua laluan antara Paka, Terengganu dan Kampung Awah, Pahang, yang menjejaskan semua stesen janakuasa yang disambungkan ke grid nasional.
Insiden ini membawa kepada pembinaan talian penghantaran 275 kilovolt (kv) dari Paka ke Tanah Merah, Kelantan pada tahun 1986, yang menjadi laluan alternatif untuk penghantaran elektrik ke grid dari loji utama di Paka dan Kenyir, Terengganu.
31 Julai 1992
Bekalan elektrik terputus secara meluas di Semenanjung Malaysia selepas panahan kilat berlaku semasa ribut petir melanda grid elektrik dengan empat talian elektrik antara Paka dan Teluk Kalong, Terengganu.
Panahan petir menyambar 15 stesen janakuasa di Pantai Barat sekitar jam 3 petang dan menjejaskan seluruh Semenanjung Malaysia kecuali tiga negeri – Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Ia mengambil masa enam hingga 10 jam untuk bekalan dipulihkan di kebanyakan negeri yang terjejas.
Kejadian ini dianggap sebagai salah satu sebab di sebalik penswastaan tenaga elektrik di Malaysia, yang membawa kepada kenaikan tarif elektrik.
3 Ogos 1996
Salah satu gangguan bekalan elektrik terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia disebabkan talian penghantaran berhampiran Paka Power terputus pada jam 5.17 petang.
Gangguan itu menyebabkan semua stesen janakuasa di Semenanjung Malaysia tidak berfungsi.
Negeri yang terjejas termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Bekalan elektrik dilapor pulih jam 11 malam, namun beberapa kawasan menyaksikan bekalan hanya pulih sehingga jam 9.30 keesokan harinya.
Dilaporkan insiden ini menyebabkan kerugian perniagaan sehingga RM123 juta manakala saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) turut mengalami kerugian selepas itu.
Terdapat juga empat kematian berkaitan kejadian ini apabila empat kanak-kanak maut dalam kebakaran yang disebabkan oleh lilin yang mereka gunakan.
1 Sept 2003
Dilaporkan pelantikan berlaku di talian penghantaran utara TNB pada 9.58 pagi menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Pulau Pinang, Perlis, Perak, Kelantan, Kedah.
Bekalan elektrik dipulihkan di kebanyakan tempat dalam tempoh satu hingga empat jam. Pada masa yang sama, berlaku gangguan bekalan yang tidak berkaitan di Selangor dan Negeri Sembilan.
Memandangkan kejadian berlaku pada hari cuti kebangsaan di mana bank dan kebanyakan bank dan pejabat ditutup, kerugian dapat dikurangkan.
13 Jan 2005
Semenanjung Malaysia sekali lagi terjejas akibat pelantikan elektrik berikutan gangguan di limbung suis Kapar di stesen janakuasa Pelabuhan Klang.
Gangguan berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari, dengan bekalan dipulihkan selepas kira-kira tiga jam.
Negeri yang terjejas termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Bahru.
27 Jun 2013
Gangguan bekalan eletrik dilaporkan berlaku pada waktu puncak sekitar 5.36 petang di Sarawak. Ia didakwa berpunca dari Empangan Bakun menyebabkan gangguan kepada penjana di sepanjang grid.
Pada masa itu, Sarawak Energy Berhad (SEB) berkata bekalan elektrik terputus disebabkan gangguan litar di talian penghantaran elektrik Kemena-Bintulu.
Kejadian ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di bandar-bandar utama di Sarawak.
Bekalan elektrik dipulihkan di kebanyakan tempat pada malam yang sama.