Pegawai Arab Saudi telah menggantikan Kiswa (penutup kain) Kaabah, semalam lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).
Kiswah itu meliputi Kaabah, bangunan berbentuk kubus yang pada asalnya dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, di tengah-tengah Masjidil Haram, Makkah.
Umat Islam menghadap kiblat atau arah Kaabah, ketika menunaikan solat di mana-mana sahaja di dunia.
Setiap tahun, penjaga pintu Kaabah menjalankan tugas menukar kain hitam yang dipasang di atas binaan suci.
Penggantian Kiswa Kaabah telah dilakukan oleh pasukan yang dipilih dari Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswa Kaabah Suci, ketika pasukan itu mula menukarkan Kiswa lama dengan yang baharu.
Kiswa baharu terdiri daripada empat sisi berasingan dan tirai pintu.
Kiswa Kaabah menggunakan kira-kira 850 kilogram (kg) sutera mentah, yang diwarnakan hitam di dalam kompleks, 120 kg dawai emas dan 100 kg dawai perak.
Tahun ini, kira-kira 200 tukang dari Arab Saudi terlibat dalam menghasilkan tirai hitam di Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kiswa Kaabah. – Agensi