Dua rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak ditembak mati pada Jumaat dalam dua kejadian berasingan di wilayah Ramallah dan Qalqilia, Tebing Barat yang diduduki.
Di Ramallah, seorang pemuda Palestin ditembak mati dan seorang lagi cedera angkara tentera pendudukan Israel ketika konfrontasi di kampung Al-Mazra’a al-Qibliya di barat laut Ramallah.
Saksi memberitahu, penduduk kampung Palestin sedang menentang serangan peneroka Israel apabila tentera penjajah melepaskan tembakan ke arah mereka.
Serangan rejim itu mengakibatkan seorang pemuda Palestin, Mahdi Ladadweh meninggal dunia kerana ditembak di perut, selain seorang lagi dilaporkan cedera.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan perubatan.
Sementara itu di Qalqilia, utara Tebing Barat, seorang kanak-kanak Palestin berusia 14 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas ditembak tentera pengganas Israel.
Kejadian yang berlaku berhampiran penghalang pengasingan Israel itu menyebabkan Adel Ibrahim Daoud menjadi korban kedua semalam.- Agensi