Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menjelaskan pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mempertahankan kerusi parlimennya di Pandan atau tidak.
Anwar memberitahu pemberita hari ini bahawa PH masih belum memutuskan kerusi mana yang boleh ditandingi Wan Azizah pada pilihan raya umum akan datang.
“Ada permohonan dan pertimbangan serta permintaan daripada Wanita PH, kita akan bagi pertimbangan.
“Saya pun belum tahu (Wan Azizah) akan bertanding atau tidak,” katanya kepada media selepas melancarkan Iltizam Wanita PH dan Jentera PRU15 di Shah Alam hari ini,” kata presiden PKR itu.
Anwar berkata demikian pada Majlis Pelancaran Iltizam dan Jentera PRU15 Wanita PH di Shah Alam hari ini.
Jelasnya, PH akan memberi tumpuan kepada 30 peratus perwakilan wanita pada PRU15.
“Itu juga adalah tuntutan Wanita PH dan kita tidak boleh pandang ringan permintaan ini.
“Kerana mereka adalah tonggak dan kekuatan dalam gerakan kita,” katanya.