Iran menahan 10 individu yang bekerja untuk Israel di wilayah Azerbaijan.
Menurut laporan agensi berita Fars, individu berkenaan terbabit dalam komunikasi video secara langsung dengan pegawai agensi perisikan Israel, Mossad.
Iran dan Israel sudah bermusuhan sekian lama, apabila rejim Zionis menuduh Iran menyokong serangan pejuang Hamas ke atasnya.
Iran pula mendakwa rejim Zionis itu melakukan sejumlah pembunuhan terhadap pegawai Iran.
Israel bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan laporan tindakan sedemikian.
“Mereka membakar kenderaan serta kediaman individu yang berkait dengan pihak keselamatan.
“…dan memperoleh wang atas gambar yang mereka ambil serta hantar kepada ejen Mossad,” dakwa laporan Fars tanpa mengulas lanjut. – Agensi