Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Turkiye dan Ukraine sedang melaksanakan perjanjian pelan transit di Laut Hitam, ketika Russia menggantung penyertaan bagi membolehkan eksport produk pertanian Ukraine ke pasaran dunia.
Russia yang menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu telah menghentikan peranannya dalam perjanjian Laut Hitam, bagi tempoh yang tidak ditentukan.
Russia mendakwa langkah itu kerana pihaknya tidak dapat menjamin keselamatan kapal awal sepanjang perjanjian.
Setiausaha PBB, Antonio Guterres melahirkan kebimbangan berikutan tindakan Russia menangguhkan perjalanan asing di Laut Hitam.
Selain sedang berusaha memujuk Russia untuk melaksanakan semula perjanjian, tindakan itu juga dapat meredakan krisis makanan global.
Susulan keputusan Russia, harga komoditi gandum di pasaran dunia dijangka akan meningkat serta-merta berikutan kedua-dua negara tersebut adalah pengeksport gandum terbesar di dunia.
Sejak Julai, lebih 9.5 juta tan jagung, gandum, produk bunga matahari, barli, biji serai dan soya menjadi barangan utama yang dieksport di bawah perjanjian Pusat Penyelarasan bersama (JCC). – Agensi