Pihak berkuasa Israel membebaskan ahli Parlimen Palestin di Baitulmaqdis, Ahmed Atoun pada Khamis selepas berbulan berada di bawah penahanan pentadbiran.
Sumber tempatan berkata, Atoun, 54, ditahan di penjara tentera Ofer di Ramallah selama lapan bulan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan sepanjang tempoh itu.
Pihak berkuasa Israel juga telah memperbaharui larangan ke atasnya yang menghalang Atoun daripada memasuki wilayah Baitulmaqdis yang diduduki.
Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata, Atoun telah menghabiskan lebih 16 tahun di penjara Israel secara berkala, kebanyakannya di bawah penahanan pentadb
iran.Kumpulan hak asasi manusia memaklumkan, lima ahli Parlimen Palestin, termasuk Mohamad Abu Tir, Hassan Yousef, Nasser Abdel Gawad, Ahmed Saadat dan Marwan Barghouthi, kini masih berada di sebalik sel di penjara Israel.- Agensi