Tentera pengganas Israel menembak mati seorang lelaki Palestin berhampiran Ramallah pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan.
Hal Ehwal Awam Palestin berkata, Mujahed Mahmoud Hamed, 32, dari bandar Silwad di timur Ramallah ditembak dan dibunuh berhampiran bandarnya oleh pasukan tentera.
Laporan berkata, askar membunuh Mujahed berikutan selepas dia didakwa terbabit dalam serangan tembakan di pos tentera Israe di penempatan itu.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin, Mujahed menghabiskan lebih sembilan tahun di penjara Israel kerana menentang pendudukan.
Pada tahun 2020, dia ditahan di bawah penahanan pentadbiran selama 21 bulan dan melancarkan mogok lapar untuk 42 hari bagi menuntut penahanan haram itu dihentikan.
Pihak Berkuasa Hal Ehwal Awam berkata, setelah usaha intensif, jenazah Mujahed berjaya dituntut daripada rejim Israel dan dibawa ke Kompleks Perubatan Ramallah untuk diserahkan kepada keluarga bagi proses pengebumian.
Israel membunuh 160 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak awal tahun ini dan 52 lagi di Semenanjung Gaza, menurut data Kementerian Kesihatan.