PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan hari ini memutuskan untuk memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tarikh pelaksanaan akan ditentukan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata, keputusan sama sudah dilaksanakan di Sarawak sebelum ini.
“Hari ini, untuk gas kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas dulu pada peringkat Petronas di Persekutuan, dipindah kepada Kerajaan Sabah.
“Ini sudah berlaku di Sarawak dan sekarang dipindah kepada Kerajaan Sabah.
“Tarikh pelaksanaan menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong… proses itu saja, tetapi kelulusan Jemaah Menteri sudah diperakui,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.