Iran dan Arab Saudi telah bersetuju untuk mewujudkan semula hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan mereka dalam tempoh dua bulan menurut laporan media Iran dan Arab Saudi.
Perjanjian dicapai pada hari Jumaat semasa perbincangan di Beijing. Media Iran memaparkan imej dan video Ali Shamkhani, setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran bersama penasihat keselamatan negara Saudi, Musaad bin Mohammed al-Aiban dan Wang Yi, diplomat tertinggi China.