Gerakan Hamas berkata, kenyataan terbaru Ilhan Omar, seorang perwakilan Dewan Rakyat AS sebagai mengejutkan. Omar menyamakan perjuangan Palestin dengan jenayah rejim zionis dan pencerobohan Amerika di Afghanistan.
Dr. Basem Naim, ahli Pejabat Hubungan Antarabangsa Gerakan Hamas dalam kenyataan bertulis pada Jumaat menyatakan penghargaan terhadap pendirian Omar dalam mempertahankan keadilan dan hak golongan yang tertindas serata dunia, termasuklah hak asasi warga Palestin.
“Namun, tuduhan tersebut tidak adil dan bertentangan dengan kenyataan undang-undangan antarabangsa serta tidak boleh diterima,” tambah beliau.
– Palestinkini