
FILE - In this May 28, 2019, file photo, Suhail Shaheen, spokesman for the Taliban's political office in Doha, speaks to the media in Moscow, Russia. Shaheen, spokesman for the Taliban's political office in Doha, told The Associated Press that the Taliban's negotiating team was set to open talks with U.S. peace envoy Zalmay Khalilzad. He has been in the region for several weeks meeting a legion of regional and Afghan officials, including Afghan President Ashraf Ghani. (AP Photo/Alexander Zemlianichenko, File)
Qatar mengakui mengiktiraf kerajaan Afghanistan bukan sesuatu keutamaan buat masa ini, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada pentadbiran baharu dalam menangani krisis kemanusiaan.
Justeru, Utusan Khas Menteri Luar Qatar, Mutlaq ak- Qahtani menggesa Taliban bertanggungjawab dan menghormati hak wanita untuk bekerja dan menghadiri sesi persekolahan.
“Kami merasakan mengiktiraf kerajaan bukan satu keutamaan tetapi apa yang lebih penting adalah soal kemanusiaan, pendidikan dan kebebasan kepada rakyatnya sendiri,” kata Mutlaq ketika menghadiri forum keselamatan di Doha.
Beliau menerangkan kenapa Qatar mahu mendekatkan diri dengan Taliban, yang selama ini bertahun-tahun tidak mempedulikan negara berkenaan.
Walaupun Taliban kini mendesak masyarakat antarabangsa mengiktiraf pentadbiran dan bersetuju dengan penjanjian keamanan dengan Amerika Syarikat (AS), namun Taliban masih lagi dengan pendirian degil dan mengamalkan undang-undang yang kasar.
“Sekiranya kita semua terus membiarkan Taliban bersendirian dan tidak mengawasi mereka, saya fikir kita semua akan melakukan kesalahan yang sama seperti berlaku 1989 menyebabkan rakyat Afghanistan terus terseksa.
“Salah satu daripada kesannya akan berlaku tragedi 9 September, yang sepatutnya kita semua mempelajari daripada itu semua,”katanya.
Sebelum ini ketika Taliban berkuasa sekitar tahun 1990-an, hanya tiga negara yang mengiktirafnya namun buat kali ini tiada sesiapa yang mengiktirafnya walaupun pihaknya merayu ke arah perkara berkenaan.
– Ismaweb