Sebanyak 36 orang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul 28,912, menurut data Github Kementerian Kesihatan.
Jumlah itu adalah yang terendah dalam tempoh 168 hari.
Bagaimanapun Malaysia mencatatkan angka kematian per kapita tertinggi di Asean dan kawasan Asia Timur dengan 876 kematian per sejuta orang.
Daripada jumlah kematian semalam, 19.4 peratus (tujuh orang) meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di hospital.
Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 12 kes, menjadikan peratus kematian di negeri itu sebanyak 33.3 peratus.
Kematian bagi negeri-negeri lain seperti berikut: Pulau Pinang (5), Terengganu (4), Kedah (3), Johor (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Perak (1) dan Selangor (1).
Dalam tempoh 14 hari terakhir, Sarawak menjadikan kematian per sejuta penduduk tertinggi, diikuti Perlis dan Pulau Pinang.
– Malaysiakini