PRN SARAWAK | DAP menggesa SPR mengkaji semula peraturan yang mengehadkan calon berkempen di kawasan mereka sahaja.
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata bahawa peraturan itu tidak masuk akal kerana kawasan Sibu mempunyai beberapa kawasan DUN dan mobiliti pengundi bermakna mereka tidak semestinya tinggal atau bekerja dalam kawasan itu.
“Sebagai contoh, pasar kita di kawasan DUN Bawang Assan dan orang ramai datang dari seluruh Sibu. Kalaulah calon Bawang Assan boleh berkempen di sana, adalah tidak adil.
“Kami menggesa pihak berkuasa untuk membatalkan peraturan ini,” kata Ling.
Katanya, peraturan itu juga akan membazir sumber kerana ia menghalang calon daripada berkempen bersama.
Mengikut peraturan SPR, parti boleh mendapatkan pengecualian untuk 15 ahli parti.
Bagaimanapun, hanya lima orang dibenarkan berada di kawasan pilihan raya pada satu-satu masa.
Peraturan lain termasuk larangan perhimpunan pilihan raya seperti ceramah kecuali di kawasan yang mempunyai liputan internet yang lemah.
– Malaysiakini