Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,020 kes baru Covid-19 dengan jumlah kumulatif kini mencecah 2,673,019.
Jumlah kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari lepas menurun sebanyak 5.9 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri sehari lebih lewat melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Dis 7) di mana 4,965 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (1,196)
Kelantan (573)
Johor (438)
Pulau Pinang (388)
Kuala Lumpur (380)
Kedah (365)
Pahang (363)
Sabah (307)
Terengganu (219)
Negeri Sembilan (212)
Melaka (181)
Perak (170)
Sarawak (71)
Perlis (46)
Putrajaya (33)
Labuan (23)
– Malaysiakini