Sekumpulan pelampau Israel pada awal hari Rabu menyembur slogan berunsur perkauman pada dinding sebuah masjid tempatan di bandar Umm al-Fahm, dalam Garisan Sempadan Hijau.
Sumber tempatan mengesahkan bahawa pelampau tersebut memecah masuk ke dalam bandar Arab Umm al-Fahm dan menyembur slogan anti-Arab pada dinding masjid berkenaan.
Insiden tersebut berlaku seminggu selepas polis Israel menahan enam orang rakyat Palestin dari Umm al-Fahm; selepas beberapa rumah dibakar berikutan satu pembunuhan yang berlaku di bandar tersebut pada hari Khamis.
– Palestinkini