Dalam seminar di Istanbul pada Isnin, pengerusi Hamas di luar negara, Khaled Mishaal menyatakan gerakannya memperoleh legitimasi hasil komitmen terhadap prinsip kebangsaan Palestin.
Tambahnya, sempena ulangtahun ke-34 penubuhan, Hamas terus mencapai kejayaan berturut-turut dan masih teguh dengan pendirian mereka. Jelas Mishaal, perjuangan Hamas adalah sah sekaligus memperoleh legitimasi demokrasi melalui pilihanraya.
– Palestinkini