Pihak rejim (IOA) di timur Baitulmuqaddis pada pagi Selasa memusnahkan sebuah rumah warga Palestin dan asas sebuah rumah lagi, yang mana pemiliknya dipaksa memusnahkan rumah pada bulan lepas.
Menurut sumber tempatan, pekerja pemusnahan dikawal oleh polis rejim sewaktu menyerbu kawasan ash-Shayyah di timur Baitulmuqaddis kejiranan at-Tur, dan memusnahkan asas rumah yang dimiliki oleh keluarga Burqan.
Keluarga Burqan terpaksa memusnahkan rumah mereka pada bulan lepas bagi mengelak daripada membayar jumlah wang yang tidak masuk akal kepada perbandaran Israel jika tidak mematuhi arahan pemusnahan.
– Palestinkini