Sekumpulan peneroka Yahudi yang turut diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan perkarangan Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis pada pagi Selasa kelmarin.
Menurut sumber tempatan, berpuluh-puluh peneroka termasuk beberapa orang askar separa tentera telah memasuki masjid dalam kumpulan yang berbeza melalui Pintu Maghriba dan melewati perkarangan di bawah kawalan pihak polis yang ketat.
Semasa lawatan mereka di Majidil Aqsa ini, para peneroka ini telah mengadakan ceramah daripada rabbi Yahudi mengenai dakwaan kuil di gunung serta beberapa orang daripada mereka telah melakukan upacara Talmud di kawasan masjid.
– Palestinkini