Negara pengganas Israel mengeluarkan peraturan yang membenarkan tentera melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang membaling batu dan melarikan diri.
Menurut Penyiar Awam Israel, Kan, peraturan baharu itu memberi pendudukan haram hak untuk menembak rakyat Palestin yang membaling batu walaupun mereka melarikan diri.
Kan berkata, peraturan itu turut terpakai di sempadan Mesir, yang dikaitkan dengan penyeludupan rentas sempadan.
Peraturan itu juga membenarkan askar pendudukan Israel menembak warga Palestin yang mengambil peluru hidup dan senjata, lapor laman web berita Walla.
“Ia amat relevan, kerana 70 peratus daripada semua tembakan jenayah di Israel dilakukan dengan senjata tentera curi,” dakwa Walla.
– Agensi