Beberapa media Israel mengungkap adanya kebenaran baru dikeluarkan militan Israel yang mengizinkan tentera Israel di wilayah Tebing Barat untuk menembak para pemuda Palestin yang melempar batu dan molotov.
Menurut Channel 11 Israel, Isnin (20/12), arahan menembak di tempat kejadian yang sebelumnya hanya diizinkan terhadap pelempar batu dan molotov yang membahayakan para tentera. Namun arahan terbaru mengizinkan tembak di tempat kejadian terhadap pelempar batu dan molotov walupun tidak membahayakan keselamatan tentera Israel.
Kebenaran ini disambut tentera Israel yang akan secara sewenang-wenangnya membunuh warga Palestin, mereka meminta supaya segera dilaksanakan di lapangan untuk menghapuskan para teroris Arab, kata mereka.kebenaran ini dalam rangkaian tindakan Israel dalam tempoh beberapa bulan terakhir berkait kebenaran penembakan yang dikeluarkan Panglima Tentara Israel, Aviv Kokhovai, terhadap mereka yang memasuki markas tentera atau kawasan penembakan yang ditetapkan.
– Palestinkini