Pihak berkuasa Israel pada hari Isnin memusnahkan semua khemah dan struktur binaan di perkampungan Araqib milik Badwi Palestin, di gurun Negev untuk kali yang ke-196, menyebabkan penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel dan pekerja dari pihak berkuasa pembangunan Badwi – yang bertanggunghawab ke atas pemusnahan itu – menyerbu perkampungan berkenaan dan menyebabkan huru-hara ke atas segala benda.
Lanjutan itu, berpuluh penduduk Badwi termasuk kanak-kanak, perempuan dan warga tua telah kehilangan tempat tinggal sekali lagi dan akan menderita akibat keadaan cuaca sejuk melampau dan hujan sementara waktu sebelum mereka berupaya membina semula rumah mereka.
– Palestinkini