Presiden Amerika Syarikat – negara pembuli -, Joe Biden menandatangani undang-undang yang mengharamkan import dari wilayah Xinjiang, China kononnya bimbang mengenai isu buruh paksa.
Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur adalah sebahagian daripada penolakan AS terhadap pelakuan Beijing ke atas minoriti muslim Uyghur, di mana Washington melabelkan sebagai genosid.
Rang undang-undang itu diluluskan Kongres bulan ini selepas anggota mencapai kata sepakat di Dewan dan Senat.
Rang undang-undang itu menetapkan bahawa semua barangan dari Xinjiang – di mana Beijing menubuhkan kem tahanan Uyghur dan kumpulan Islam lain – untuk dijadikan sebagai buruh paksa.
Justeru, sebarang barangan yang dikeluarkan dari wilayah itu akan diharamkan, melainkan terdapat bukti sebaliknya.
Sesetengah barangan – seperti kapas, tomato dan polysilicon yang digunakan dalam pembuatan panel solat – ditetapkan sebagai keutamaan dalam tindakan penguatkuasaan.
Sebelum ini, China menafikan penyalahgunaan di Xinjiang, pengeluar kapas utama dan membekalkan banyak bahan untuk pembuatan panel solar.
Sementara itu, Kedutaan China di Washington mendakwa tindakan itu mengabaikan hak dan berniat jahat memfitnah keadaan hak asasi manusia di Xinjiang.
“Ini salah satu pelanggaran berat terhadap undang-undang antarabangsa serta norma hubungan antarabangsa dan campur tangan serius terhadap hal ehwal dalaman China.
“China mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak tegas (rang undang-undang AS),” kata jurucakap kedutaan, Liu Pengyu dalam satu kenyataan.
Dakwanya, China akan bertindak balas berdasarkan kepada perkembangan keadaan, namun enggan mengulas lanjut langkah itu.
– Agensi