Salji tebal meliputi Baitulmaqdis termasuk beberapa kawasan suci hari ini ketika ribut salji melanda negara haram Israel dan Palestin.
Di beberapa kawasan, golongan kanak-kanak dilihat bermain salji dan Masjid al-Aqsa turut diseliputi salji tebal.
Jabatan Meteorologi Israel melaporkan, salji setebal antara 15 dan 25 sentimeter (cm) turun sejak, semalam.
Beberapa lebuh raya utama yang menghubungkan Baitulmaqdis dari utara, selatan dan barat juga dilanda salji tebal sehingga menjejaskan laluan.
Polis berkata, pembajak salji bekerja sepanjang malam untuk membersihkan jalan di bandar.
Sejumlah sekolah di Baitulmuqaddis dan utara Israel turut ditutup akibat keadaan itu.
Salji juga dilaporkan meliputi kawasan lebih tinggi di Tebing Barat yang diduduki. – Agensi