Agensi keselamatan negara pengganas Israel menolak penjualan teknologi negara itu antaranya Iron Dome kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Akhbar Israel Hayom dan Maariv memetik penganalisis tentera, Alon Ben David sebagai berkata, agensi keselamatan Israel menolak potensi untuk menjual teknologi kepada rakan kongsi baharunya – merujuk kepada negara Arab yang telah menandatangani Perjanjian Abraham.
“Mossad, yang membuka jalan untuk normalisasi telah meminta agensi keselamatan berhenti melihat negara-negara ini sebagai ‘Arab’,” katanya.
Katanya lagi, Kementerian Pertahanan Israel menarik balik keputusannya untuk tidak menjual sistem pertahanan kepada UAE: “Ia telah menjual teknologi siber tetapi mengelak daripada menjual sistem pertahanan udara.”
Berikutan itu, UAE diwajibkan untuk membeli sistem pertahanan Korea Utara dengan teknologi Rusia.
Ben David menganggarkan Israel kerugian AS$4.5 bilion selepas menolak perjanjian ketenteraan dengan UAE.
Ia seolah-olah menunjukkan Israel mencadangkan sistem pertahanan negara itu kepada UAE dan Arab Saudi.
– Agensi