Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedia bekerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya dan parti tersebut ‘hanya mempunyai satu bangsa iaitu Melayu.’
“Pejuang bertanding di 42 kerusi, mahu tak mahu sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada kami, jadi kita kena cari satu kesepakatan dengan pihak lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Presiden Pejuang bersama calon di Rengit hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pejuang belum menetapkan parti yang bakal dipilih untuk bekerjasama.