Mahkamah Tinggi Israel pada Selasa memutuskan empat keluarga Palestin yang diancam pengusiran dari kejiranan Sheikh Jarrah, kekal di kediaman mereka buat sementara waktu.
Wakil peguam Palestin, Sami Irshid memaklumkan, keputusan mahkamah berpihak kepada keluarga Al-Jaouni, Al-Kurs, Iskafi dan Abu Hasna.
Sementara itu, keluarga berkenaan membayar deposit berjumlah 2400 shekel (RM3,106.37) setahun sebagai simbolik sewa kepada peguam kedua-dua pihak, sehingga keputusan muktamad hak kediaman di Sheikh Jarrah selesai.