Dua wartawan cedera akibat tembakan peluru besi manakala puluhan lagi menderita akibat terhidu gas pemedih mata setelah rejim zionis (IOF) menyerbu kawasan Bab al-Zawiya di al-Khalil pada petang Selasa.
Pertelingkahan tercetus apabila tentera IOF menghentikan perarakan di bandar itu.
Wartawan Abdel Mohsen Shalaldeh telah ditembak oleh peluru getah di tangan, manakala seorang lagi wartawan Mosab Shawar ditembak di kaki. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan.