Kor Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRCG) telah mencetuskan ‘kemarahan’ Amerika Syarikat apabila mempamerkan model peluru berpandu dan senjata pertahanan lain yang canggih pada pameran pertahanan maritim di DIMDEX Qatar 2022 yang turut disertai AS.
Komander IRGC dilihat mengadakan mesyuarat di gerai pameran mereka, yang memaparkan poster gergasi bot laju yang dipenuhi dengan komando, manakala pegawai yang lain berlegar-legar di sekitar pusat pemeran pertahanan maritim antarabangsa berkenaan.
Jurucakap Negara AS, Ned Price pada Khamis (24 Mac) berkata, negara itu menolak kehadiran Iran di pameran pertahanan maritim berkenaan dengan mendakwa Iran mengancam kestabilan maritim di seluruh wilayah Teluk.
Sehubungan itu, pegawai kerajaan Qatar dalam kenyataannya pula mendakwa IRGC tidak dijemput ke acara pameran yang berlangsung selama tiga hari di sini dari Isnin (21 Mac) hingga Rabu (23 Mac) lalu.
“Penyertaan dalam acara ini adalah oleh Kementerian Pertahanan Iran dan tiada jemputan dihantar kepada IRGC,” ujar kenyataan tersebut.
Pada pameran itu, perwakilan Iran dilihat berada dilihat berhampiran komander Armada Kelima Tentera Laut AS, mengambil gambar kapal pengangkut kakitangan berperisai Itali dan mengendalikan mesingan Turki.
Pameran DIMDEX Qatar 2022 menarik banyak syarikat pertahanan antarabangsa yang berharap dapat meningkatkan jualan peralatan pertahanan kepada negara-negara Teluk yang kini sedang mengembangkan keupayaan ketenteraan masing-masing.
Di gerai bersebelahan pameran peralatan pertahanan Iran, pembekal AS General Atomics mempamerkan dron pemangsa MQ-9B yang direka bentuk untuk menjalankan peperangan anti-permukaan, termasuk pengawasan maritim dan peluru berpandukan ketepatan.
Jabatan Negara AS telah membenarkan syarikat itu menjual 18 dron kepada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perjanjian bernilai AS$2.9 bilion.