Tanpa alasan yang kukuh, sepasukan polis pengganas Israel menyerang beberapa pemuda Palestin di luar Pintu Gerbang Herod (Bab az-Zahra) di Baitulmaqdis Timur yang diduduki.
“Polis menyerang beberapa pemuda Palestin, memukul sebahagian daripada mereka dan menyembur serbuk lada kepada yang lain,” kata saksi kejadian.
Katanya, dalam serangan malam tadi, pemuda itu hanya berada di sekitar kompleks Bab az-Zahra apabila anggota unit polis menuju ke arah mereka dan mula menolak dan memukul pemuda berkenaan.
Malah, kemudiannya, anggota polis rejim Zionis itu juga tanpa semena-mena menahan seorang kanak-kanak di bawah umur.