110 peneroka Yahudi, di bawah kawalan ketat pasukan polis menyerbu masuk Masjid Al-Aqsa pada pagi Rabu.
Sumber setempat mengesahkan bahawa sekumpulan besar peneroka memecah masuk ke dalam masjid melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya. Ketika mereka di laman suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.