Polis Israel pada hari Rabu menghalang ratusan peneroka Yahudi sayap kanan yang menyertai perarakan dari berjalan ke arah kawasan Bab al-Amud Baitulmaqdis (Pintu Damsyik), pintu masuk utama ke kawasan Kota Lama, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Palestin dan Israel.
Menurut beberapa laporan berita yang berbeza, polis Israel mengumumkan bahawa mereka telah menghalang peserta yang berarak, yang dilarang oleh kerajaan Israel kerana kebimbangan keselamatan daripada pergi ke Bab al-Amud dan mengarahkan mereka pulang ke rumah.
Peneroka yang mengambil bahagian bergaduh dengan pegawai polis ketika mereka cuba sampai ke Bab al-Amud, tetapi diarahkan ke pintu pagar Kota Lama yang lain selepas dihalang polis.