Pihak berkuasa pendudukan Israel, semalam mengeluarkan arahan berhenti kerja untuk rumah yang dibina oleh sekumpulan penduduk Palestin di perkampungan Artas di daerah Bethlehem selatan.
Pengarah Pejabat Suruhanjaya Penentangan Penempatan Bethlehem, Hassan Breijeh berkata, pegawai bersenjata menyerahkan notis kepada enam keluarga mengarahkan mereka menghentikan kerja pembinaan rumah, yang masih dalam peringkat pembinaan awal.
Kejiranan Bethlehem telah terdedah kepada peningkatan ‘rompakan’ tanah yang memihak kepada memperluaskan penempatan haram Israel.
Kementerian Pertahanan berkata, awal bulan ini bahawa ia akan meluluskan pembinaan kira-kira 4,000 unit penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.
Sementara itu, pihak berkuasa turut meluluskan perobohan rumah penduduk Palestin di 12 kampung di Masafer Yatta.
Bekas Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hak Asasi Manusia di Wilayah Palestin yang diduduki, Profesor Michael Lynk berkata, bahawa kawalan Israel ke atas Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sama dengan apartheid.
“Dengan mata masyarakat antarabangsa yang terbuka luas, Israel telah mengenakan ke atas Palestin realiti apartheid dalam dunia pasca-apartheid,” kata Lynk dalam laporan yang diterbitkan pada Mac.
“Di wilayah Palestin yang telah diduduki Israel sejak 1967, kini terdapat lima juta rakyat Palestin tanpa kerakyatan yang hidup tanpa hak, dalam keadaan terperangkap dan tanpa jalan menuju penentuan nasib sendiri atau negara merdeka yang berdaya maju yang telah berulang kali dijanjikan oleh masyarakat antarabangsa yang merupakan hak mereka.
“Perbezaan dalam keadaan hidup dan hak dan manfaat kewarganegaraan adalah jelas, sangat diskriminasi dan dikekalkan melalui penindasan yang sistematik dan berinstitusi,” katanya. – Agensi