Tel Aviv, Israel memberi amaran kepada 100 rakyatnya yang sedang bercuti di Turki tentang bahaya “serangan balas Iran”. Dan menyeru mereka supaya mengelak daripada mendedahkan identiti mereka dan kembali ke Israel dengan segera, lapor Channel-12.
Dalam satu laporan, Komando Keselamatan Negara menghantar amaran kepada warga Israel di Turki. Tentang kemungkinan sasaran mereka dari pihak Iran yang bertujuan untuk mencederakan mereka dalam jangka pendek.
Laporan itu menambah bahawa “lebih daripada 100 warga Israel telah diberi amaran tentang bahaya selepas didapati bahawa mereka telah dikenal pasti (sebagai sasaran oleh pihak Iran) dan diminta untuk kembali ke Israel.”
Ia juga menekankan bahawa terdapat 40,000 warga Israel di Turki, 100 daripadanya telah diberi amaran khas.
Sementara itu, pihak berkuasa Ankara “tidak suka” amaran Israel, tetapi memahami bahawa tidak ada pilihan lain.