Sebanyak 2,166 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,523,018.
Jumlah kes aktif sebanyak 22,751, turun 9.7 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru mengikut negeri:
- Selangor (918)
- WP Kuala Lumpur (487)
- Pulau Pinang (152)
- Perak (113)
- Negeri Sembilan (88)
- Sabah (87)
- WP Putrajaya (60)
- Johor (57)
- Melaka (54)
- Kedah (51)
- Sarawak (47)
- Pahang (28)
- Kelantan (15)
- Terengganu (6)
- Perlis (2)
- WP Labuan (1)
Seorang lagi meninggal dunia dilaporkan, melibatkan kes kematian di luar hospital.
Sejak minggu lepas, purata 4.0 orang dilaporkan meninggal dunia, manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.7, yang menunjukkan aliran menaik.
Terdapat 129 laporan kematian pada Mei dan 564 kematian pada bulan April.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, Covid-19 telah meragut 35,709 nyawa.
Seramai 936 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 24 kes sedang mendapat rawatan rapi.