Pasukan penceroboh Israel (IOF) menyerbu dan memusnahkan tanah milik warga Palestin di utara Semenanjung Gaza pada hari Selasa.
Menurut Quds Press, enam buah jentolak IOF diiringi oleh kenderaan tentera Israel menyerbu tanah Palestin di Beit Hanoun ke pinggir timur laut Semenanjung Gaza.
“Jentolak IOF memusnahkan tanah pertanian milik rakyat Palestin di Beit Hanoun,” lapor Quds Press.