Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP) mengecam kempen penangkapan yang dilancarkan pasukan pendudukan Israel (IOF) di Tebing Barat, menegaskan bahawa kempen sedemikian tidak akan menghalang penentangan Palestin.
“Kempen penangkapan ganas yang dilancarkan IOF selepas menyerbu rumah di kem pelarian Duheisha hanya akan meningkatkan keazaman rakyat kita untuk menentang penjajahan,” kata PFLP dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa.
Setiap kali IOF menggangu PFLP, kadernya akan meningkatkan kekuatannya dan ini tidak akan melemahkan keazaman mereka untuk memerangi penjajahan, tambahnya.
Pada awal pagi, IOF menyerbu rumah syahid Palestin Ayman Muheisen dan dengan ganas mengeluarkan gambarnya di kem pelarian Duheisha di tenggara bandar Bethlehem Tebing Barat.