Komander tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memberi amaran kepada negara jiran supaya tidak membenarkan Israel memasuki Teluk Parsi. Beliau berkata langkah sedemikian tidak akan membawa kepada kekacauan dan ketidakstabilan di rantau ini.
Semasa lawatan ke pulau Tunb Besar di Teluk Parsi pada hari Sabtu, Laksamana Muda Alireza Tangsiri memuji “keselamatan yang baik” di Teluk Parsi, yang disifatkannya hasil kerjasama dan sinergi antara negara jiran.
Bagaimanapun, katanya, jika sesebuah negara membenarkan “rejim pembunuhan kanak-kanak yang huru-hara” Tel Aviv bertapak di rantau itu, negara itu dan seluruh rantau itu akan mengalami ketidakamanan, huru-hara dan ketidakstabilan.
“Kami menasihatkan rakan dan saudara (jiran) di Teluk Parsi supaya tidak menjalin hubungan dengan rejim Zionis, kerana dengan berbuat demikian, mereka akan menjejaskan keselamatan wilayah itu,” katanya dipetik PressTV.
Amaran itu dibuat dua hari selepas Perdana Menteri Israel Naftali Bennett melawat Emiriah Arab Bersatu (UAE), menandakan lawatan rasmi kedua beliau ke negara Teluk Parsi itu sejak kedua-dua pihak secara rasmi menormalkan hubungan mereka pada 2020.