Seorang perunding Iran dalam rundingan nuklear di Vienna, menegaskan bahawa laporan Zionis mengenai serangan Iran terhadap warga Israel di Turki adalah satu pembohongan. Beliau menegaskan bahawa adalah jelas rejim pendudukan akan dihukum, tetapi tidak di Turki.
“Jelas sekali, Iran tidak akan menghukum rejim apartheid di Turki, tetapi rejim ini akan dihukum berat. Ini mesti…” Profesor Mohammad Marandi tweet. Siaran itu termasuk laporan dari Jerusalem Post mengenai percubaan serangan yang menurutnya adalah berita palsu.
Sebelum ini, pelbagai media Zionis melaporkan bahawa pihak berkuasa Turki berjaya menggagalkan cubaan Iran menyerang warga Israel di negara itu.
“Percubaan Iran untuk menyerang sasaran Israel bulan lalu di Turki telah digagalkan oleh kedua-dua agensi keselamatan Israel dan Turki,” lapor Jerusalem Post.
JP mendakwa bahawa pegawai keselamatan dari Israel memaklumkan rakan sejawatan mereka dari Turki mengenai rancangan untuk melakukan serangan terhadap warga Israel di bumi Turki dan meminta bantuan mereka untuk menggagalkan serangan tersebut.